Friday, 17 June 2011

Penunggu Istana - Realiti atau Lakonan?

Salam kepada pengunjung blog yang KS sendiri tak tau ade ke tak.. Bile pengunjung tak ramai KS jadi malas pula nak update blog ni.. Padahal tak sampai seminggu lagi pun usia blog ni KS dah nak putus asa. Ape la.. Lemah semangat betul.. Ye la, KS sendiri pun takde usaha sgt nak published blog KS ni.. Yg KS tau bile on9 je, main game. haha..

Okla, kali ni KS nak memperkatakan tentang filem yang baru-baru ni ditayangkan di 49 buah panggung seluruh Malaysia.. Sebenarnya takdela baru sgt, KS je yang baru tengok. Hehe.. Ni pun KS download kat blog kakidownload milik saudara shah kite.. Malas nak gi kat panggung citer-citer seram ni.. Kurang feel.. Kalau filem seram, KS suke download kemudian tengok sorang-sorang waktu malam yang orang lain semua dah tido. Baru meremang bulu roma.. Haha.

 Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Foto-foto Istana Billah, KS sedut kat blog Uncle Seekers






KS sangat tertanya-tanya filem Penunggu Istana ni sebenarnya betul ke tak? Hmm.. Dari survey yang KS buat, berbagai-bagai reaksi yang KS dapat tengok.. Positif ada, negatif pun ade.. tapi ikut pengamatan KS sendiri, filem ni sebenarnya berada dalam level yang tersendiri. Sebab filem ini merupakan filem paranormal pertama di Malaysia. Dengan promosi yang kurang, dan identiti pelakon-pelakon yang disembunyikan, penonton masih lagi tertanya-tanya tentang kebenaran peristiwa di dalam filem ini.. Malahan Uncle Seekers, salah seorang watak di dalam filem ini mengambil pendekatan berdiam diri apabila diajukan soalan berkaitan filem Penunggu Istana ni.. Ape la uncle seekers ni, misteri betul.

Ada juga pengulas-pengulas yang lantang bersuara menempelak filem ni, katanya tipu je filem ni.. Nak temberang dan macam-macam lagi.. Siap tunjuk bukti lagi filem ni lakonan je.. Hmm.. whatever la.. Ada juga yang pergi sendiri ke Istana Billah ni semata-mata nak mencari kebenaran filem ni.. Hasilnya?? Mereka mengatakan peristiwa tu sebenarnye tak wujud.. Nampak tak apa yang berlaku kepada penonton2 filem ni? Sanggup pergi ke papan, perak semata-mata nak mendapatkan kepastian.. Korang agak2 ade ke orang nak gi cari balik kawasan lakonan filem Kongsi ke, KL Gangster ke dan sbgainya.. Takde kot..

Yang ni korang nilai la sendiri.


Haa.. Ni lagi satu info.. Kepada peminat-peminat novel legenda Tamar Jalis Siri Bercakap dengan Jin, elokla menonton filem ni.. Sebab penggambaran dibuat di Istana Billah di Perak.. Kalau korang perasan, Istana Billah ni kan dulunya rumah Tok Kaya Sendi Diraja. Cuba refer balik buku jilid 1.. Episod die tak brape ingat, tapi dah last2.. Memang ni lah tempatnye.. Huii.. Lagi menambahkan keseraman KS sebenarnya.. Tak boleh betulla.. Hadoi..

Ni foto Istana Billah dulu-dulu.

Kesimpulannya, korang simpulkan la sendiri.. KS pun tak berani nak cakap.. Ok ye.. Berikut ni KS sediakan sedikit link yg korang boleh lawati untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang filem ni.. Susah-susah, korang search je kat google, bersepah-sepah.. Ok.. Semoga berjumpa di lain entry.. Wsalam..

2 comments: