Salam kepada pengunjung blog yang KS sendiri tak tau ade ke tak.. Bile pengunjung tak ramai KS jadi malas pula nak update blog ni.. Padahal tak sampai seminggu lagi pun usia blog ni KS dah nak putus asa. Ape la.. Lemah semangat betul.. Ye la, KS sendiri pun takde usaha sgt nak published blog KS ni.. Yg KS tau bile on9 je, main game. haha..
Okla, kali ni KS nak memperkatakan tentang filem yang baru-baru ni ditayangkan di 49 buah panggung seluruh Malaysia.. Sebenarnya takdela baru sgt, KS je yang baru tengok. Hehe.. Ni pun KS download kat blog kakidownload milik saudara shah kite.. Malas nak gi kat panggung citer-citer seram ni.. Kurang feel.. Kalau filem seram, KS suke download kemudian tengok sorang-sorang waktu malam yang orang lain semua dah tido. Baru meremang bulu roma.. Haha.
Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.
Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).
Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.
Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
Foto-foto Istana Billah, KS sedut kat blog Uncle Seekers
KS sangat tertanya-tanya filem Penunggu Istana ni sebenarnya betul ke tak? Hmm.. Dari survey yang KS buat, berbagai-bagai reaksi yang KS dapat tengok.. Positif ada, negatif pun ade.. tapi ikut pengamatan KS sendiri, filem ni sebenarnya berada dalam level yang tersendiri. Sebab filem ini merupakan filem paranormal pertama di Malaysia. Dengan promosi yang kurang, dan identiti pelakon-pelakon yang disembunyikan, penonton masih lagi tertanya-tanya tentang kebenaran peristiwa di dalam filem ini.. Malahan Uncle Seekers, salah seorang watak di dalam filem ini mengambil pendekatan berdiam diri apabila diajukan soalan berkaitan filem Penunggu Istana ni.. Ape la uncle seekers ni, misteri betul.
Ada juga pengulas-pengulas yang lantang bersuara menempelak filem ni, katanya tipu je filem ni.. Nak temberang dan macam-macam lagi.. Siap tunjuk bukti lagi filem ni lakonan je.. Hmm.. whatever la.. Ada juga yang pergi sendiri ke Istana Billah ni semata-mata nak mencari kebenaran filem ni.. Hasilnya?? Mereka mengatakan peristiwa tu sebenarnye tak wujud.. Nampak tak apa yang berlaku kepada penonton2 filem ni? Sanggup pergi ke papan, perak semata-mata nak mendapatkan kepastian.. Korang agak2 ade ke orang nak gi cari balik kawasan lakonan filem Kongsi ke, KL Gangster ke dan sbgainya.. Takde kot..
Yang ni korang nilai la sendiri.
Haa.. Ni lagi satu info.. Kepada peminat-peminat novel legenda Tamar Jalis Siri Bercakap dengan Jin, elokla menonton filem ni.. Sebab penggambaran dibuat di Istana Billah di Perak.. Kalau korang perasan, Istana Billah ni kan dulunya rumah Tok Kaya Sendi Diraja. Cuba refer balik buku jilid 1.. Episod die tak brape ingat, tapi dah last2.. Memang ni lah tempatnye.. Huii.. Lagi menambahkan keseraman KS sebenarnya.. Tak boleh betulla.. Hadoi..
Ni foto Istana Billah dulu-dulu.
Kesimpulannya, korang simpulkan la sendiri.. KS pun tak berani nak cakap.. Ok ye.. Berikut ni KS sediakan sedikit link yg korang boleh lawati untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang filem ni.. Susah-susah, korang search je kat google, bersepah-sepah.. Ok.. Semoga berjumpa di lain entry.. Wsalam..
Kopiah Senget
Segalanya Disini..
Friday, 17 June 2011
Sunday, 12 June 2011
Rehatkan Minda
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam" "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hambamengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya" Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...
"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."
"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Subscribe to:
Posts (Atom)








