Salam sejahtera kepada sedara sedari yg sudi singgah ke blog KS ni.. Sebenarnye KS baru nak belajar blogging ni.. Harap-harap yg dah expert tu bantu-bantulah ye.. KS sebenarnye tak tau nak mula dari mana.. Tapi moga-moga cerita yg KS bawak ni diterima oleh pengunjung blog KS ni..
KS sebenarnye tertarik dengan isu yang diketengahkan dalam rancangan Apa Kata Wanita
yg disiarkan di RTM 1 hari ini 12 jun pada pukul 2 ptg tadi.. Tajuknye "Isteri Taat Suami Setia".. Hosnya adalah Cik Zamzarina (KS pun baru nak kenal).. Tetamu undangannya adalah IronLady Datuk Maznah Hamid dan Ustaz Zawawi.. KS ni sebenarnye takde la minat sgt pun dengan rancangan tu.. Tapi tgh2 lepak, KS pun bukak tv1 dan ternampaklah muke Ustaz Zawawi yg merupakan penceramah favourite KS sejak sekian lama.. Hujah2 yg diberi Ustaz Zawawi ni memang menarik.. KS pun layanlah isu yg diketengahkan tu..
Antara yg dikatakan oleh Ustaz Zawawi ialah apabila seorang wanita dinikahkan secara sah kepada suaminya, secara automatik wanita itu menjadi hak suaminya seratus peratus.. kerana itu amanah Allah kepada seorang suami.. Manakala suami adalah hak Allah s.w.t.. Kalau isteri tidak taat kepada suaminya, dia akan dipersoalkan di akhirat kelak, mengapa engkau tidak taat dengan suami?? Sedangkan engkau adalah hak suamimu.. Engkau wajib taat kepada suamimu.. Suami pula haruslah bertanggungjawab terhadap isteri lahir dan batin.. Kalau suami itu tidak bertanggungjawab, dia pula akan dipersoalkan di akhirat kelak atas kelalaiannya menunaikan tanggungjawabnye..
Teringat KS ketika KS mendengar ceramah seorang ustaz di Kuantan.. Katanya, syahid seorang lelaki adalah ketika beliau berjihad di jalan Allah.. Berjihad menegakkan agama Allah.. Manakala syahid seorang wanita adalah di rumah ketika dirinya taat pada suaminya.. Seorang wanita itu wajib taat pada suaminya dalam apa jua keadaan sekalipun waima dalam keadaan dia sakit tenat sekalipun.. Kalau dia meninggal di kala dia sedang menunaikan tanggungjawab kepada suaminya, sedang taat dengan suaminya, sedang menunaikan kehendak suaminya, matinya wanita itu dalam keadaan mati syahid!! Istimewanya wanita yang taat pada suami, besarnye ganjaran yg diperolehi..
Tapi yg KS tgk, Datuk Maznah ni byk sgt nak mempertikaikan apa yg diperkatakan oleh Ustaz Zawawi tadi..
Ada je yg tak kene.. Tak paham KS.. Sedangkan apa yg Ustaz Zawawi kata tu berdasarkan hukum dan hujah yang betul.. Nampak mcm tak puas hati sgt.. hehe.. Maaf ye Datuk Maznah..
Rasenye setakat ini dulu untuk mukaddimah KS kali ni.. Semoga Allah mempertemukan kita lagi di lain hari.. dan untuk sesiapa yg ingin mengikuti diskusi Apa Kata Wanita yg seterusnya sambungan daripada episod kali ini.. Tunggulah minggu depan ok.. Nak join fb Apa Kata Wanita, di bawah ni KS sediakan link untuk ke fb tersebut.. Sekian..
Yg lemah,
KS...
p/s: http://www.facebook.com/pages/APA-KATA-WANITAZamzarina-TV1/166869628217
bes, aku pun tgok apa kata wanita td,, sbb tertarik dgn isu yg dbawa... lelaki mmg xkan paham ape yg pempuan rasa, aku pun x paham nape pempuan cukup x suke bile laki nk kawin lebih... hmmm.....
ReplyDelete